Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail
Tuesday 20 November 2012

CUTI SEKOLAH

Assalammualaikum Warrahmatullah Wabarakatuh.


      Pabila musim cuti persekolahan tiba, pasti ramai yang tidak akan ketinggalan mengambil kesempatan yang sangat berharga  ini untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Ada yang pergi beriadah, ada yang pulang ke kampung halaman dan kebanyakan daripada mereka akan pergi  melawat ke tempat-tempat perlancongan. Ada yang merancang untuk melancong ke luar Negara dan ada juga yang merancang untuk melancong di pusat-pusat pelancongan tempatan. Tidak terkecuali, keluarga saya turut mengambil kesempatan ini untuk pergi melancong bagi merapatkan jurang hubungan  kekeluargaan diantara kami. Tetapi, masa kami pergi ke Sabah pada waktu itu bukanlah pada musim cuti persekolahan. Kami pergi bercuti sewaktu awal persekolahan.

       Pada tahun lepas, Negeri Sabah menjadi pilihan destinasi kami. Negeri ini amat terkenal dengan gelarannya iaitu“Negeri Dibawah Bayu”.  Negeri Sabah mempunyai banyak daya tarikannya yang tersendiri dari segi sejarah, pelancongan, penempatan dan perlombongannya. Pusat pelancongan disini juga tersenarai di antara tempat-tempat yang diiktiraf oleh UNICEF. 

       Ini bukanlah kali pertama kami mengunjungi ke negeri ini.  Ini sebenarnya merupakan kali yang ke-3 kami mengunjungi Negeri Dibawah Bayu ini.  Ehh! Baru saya perasan. Cara saya menceritakan kisah pengalaman saya ini seolah-olah diri saya ini Cik Nurul Ain binti …… , saya tidak ingat lah pula nama penuh dia. Dia ni merupakan pengacara stesen televisyen terkenal yang sering mengacarakan program “Majalah 3”. Ok. 


        Kami bertolak ke sana dengan menaiki kapal terbang Air Asia selama tidak lebih daripada 1 jam. Saya pun tidak berapa ingat kerana sudah agak lama. 


  

   Pernahkah anda mendengar perkataan “Tamparuli” ? Saya pun tidak berapa pasti tentang maksud perkataan itu tetapi Tamparuli ini amat terkenal dengan lagunya “Jung Jung Inai”. Antara lirik lagu ini ialah 

 JUNG JUNG INAI MAK IPUNG RAJA WALI
SEPAK TUNGGUL INAI BERDARAH IBU KAKI


Pasti anda pernah mendengar lagu ini kan? 

       Tempat yang saya maksudkan ialah JAMBATAN TAMPARULI. Apa yang saya dapat lihat, jambatan ini sama seperti jambatan-jambatan lain yang ada di Malaysia tetapi tidak dapat saya pastikan kenapa ianya amat terkenal.

       Seterusnya, saya turut mengunjungi ke pasar-pasar yang terdapat di sini. 


   
    Terdapat pelbagai jenis barang yang dijual antara nya ialah barangan basah seperti ikan, sotong, sayur dan udang galah. Uniknya pasar disini, dia lebih banyak kepada penjualan barang-barang kraftangan seperti gelang manik dan suwase, rantai mutiara, baju-baju t-shirt bercetakkan Sabah dan hasil-hasil ukiran kayu. Antara pasar yang terkenal ialah Philipine Market.


          Jika anda mengunjungi Sabah, tidak lengkaplah percutian anda jika anda tidak menghayati pemandangan indah Gunung Kinabalu yang merupakan gunung TERtinggi di Asia Tenggara. Gunung ini terletak di Kota Kinabalu. Puncak terendah bagi gunung ini adalah 4095 m dari aras laut. Setiap kenaikan 165 m dari aras laut dapat mengurangkan suhu sebanyak 1 darjah Celsius (°c). Ayah saya pernah menyertai ekspedisi mendaki gunung kinabalu sekitar dua tahun yang lalu. Menurut ayah saya, bagi sesiapa yang ingin menyertai ekspedisi sebegini perlulah mempunyai daya ketahanan otot  yang tinggi dan keazaman yang kuat. Sesiapa yang mempunyai masalah pernafasan seperti sesak nafas dan astma tidak boleh sama sekali melakukan aktiviti ini. Selepas saja ayah saya habis menyertai ekspedisi ini, ayah saya telah demam seminggu. Nampaknya, bukan mudah untuk kita menyertai aktiviti sebegini.

    
      Sewaktu disana, saya berkesempatan melihat bunga yang PALING besar di dunia iaitu Bunga RAFFLESIA dengan mata saya sendiri. Bunga ini sangat busuk dan tidak menyenangkan baunya.  Bunga ini mempunyai lima kelopak dan makan makanan seperti serangga.
      
         
   Makanan di sini juga amat menarik dan unik kerana makanan disini kebanyakkan nya lebih kepada hasil lautan seperti udang galah, rumpai laut seperti alga dan hydra. Menurut orang-orang disini, hydra dapat mengembalikan awet muda dan kejelitaan wajah. Rumpai laut yang disediakan disini amat segar dan rangup. Kebanyakkan makanan laut yang disediakan disini adalah lebih besar saiznya dan segar-segar belaka. Rasa kemanisan ikan masih segar terasa walaupun dimasak lama kerana hasil yang ditangkap akan terus dimasak.

         Nampak sungguh menyelerakan bukan? Hahaha. Sengaja saya masukkan gambar udang galah itu kerana saya sendiri pun akan terliur setiap kali melihatnya. Hehe. Terasa lapar lah pula. 
          Disini juga terdapat banyak lagi tempat untuk dilawati seperti Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok dan Hot Spring. Hot Spring ialah tempat kolam mandi air panas yang amat terkenal disini.
         Bagaimana pula dengan percutian anda? Saya berharap anda gembira dengan percutian anda disamping keluarga tercinta. Ingin menceritakan kisah percutian anda? Boleh lah tinggalkan komen di bawah. Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya kali ini yang agak panjannnngggggg ini. 

Assalammualaikum Warrahmatullah Wabarakatuh.

0 comments:

Post a Comment