Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail
Sunday 28 April 2013

Too busy :(

I'm gonna be on a hiatus for about 3 month but if I've freetime I'll surely update ma blog kay :)
Wednesday 20 March 2013

Pertandingan Petanque 2013 :)

Assalammualaikum :)


        Alhamdulillah pada 21 Feb yang lalu saya dan kawan-kawan telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Petanque Peringkat Negeri di Padang Petanque Bridget Tengah PGA di Cheras. Seramai 2 pasukan yang terlibat dan diiringi oleh Pn Juhana dan Pn Jamaiah. 

       Tiba-tiba terasa formal pula. Ahaks! Saya, Hanis dan Ciah serta Hafiz, Kyrul a.k.a Katak dan Yusuffi a.k.a Beruang dah mengharungi 'hari-hari kanak-kanak riang' kami sepanjang tempoh latihan. Hahaha. Seriously! Banyak gila kenangan yang saya dapat sepanjang sesi latihan diadakan. Walaupun tak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya tapi saya amat gembira dan bersyukur kerana dapat join mereka. 
        

       Memang pada mulanya agak kekok tapi setelah selang beberapa hari tu, memang syok lah. Walaupun saya agak sibuk dengan latihan Olahraga dan Bola Baling sepanjang tempoh itu, mereka amat memahami saya. Bukan hanya saya seorang yang sibuk. Hafiz pula sibuk dengan Badminton dan Silatnya. Kyrul pula sibuk dengan Bowling dan Olahraganya. Hurmmmm. Memang boleh dikatakan kitorang ni ala-ala PM lah. Tahu tak apa itu PM? PM itu Perdana Menterilah. Hahaha XD

      Sememangnya sewaktu dalam perjalanan ke tempat perlawanan tu kami agak tenang tetapi pabila sahaja kami sampai di tempat perlawanan, perasaan gemuruh secara tiba-tiba sahaja menyerang di minda kami.
   
      "Dah sampai ke?" 
      "Nervousnya!!!!" 
      "Cikgu, kami nak pergi ke tandas dulu boleh? " 

Okay! Yang terakhir tu memang lawak XDDDD

      
     Pasukan perempuan berada di kumpulan 14 manakala lelaki pula berada di kumpulan 9. Bagi pertemuan pertama, pasukan lelaki akan bertemu dengan sekolah cina. Apatah namanya. Terlupalah. Haha. Perempuan pula akan bertemu dengan SMK Gombak Setia

     SKIP!








     SKIP!

     SKIP!

Kenapa saya skip? Cer teka! Cer teka! Sebab kalau saya cerita, nanti dah boleh buat novel. Haha XD


     Alhamdulillah. As conclusion, pasukan perempuan berjaya mengalahkan SMK Gombak Setia tetapi kalah di tangan SMK Perimbun. Waeyo? SMK Perimbun ni sebenarnya tak pandai main langsung. Lebih kurang macam st*pid lah. Sebab setiap kali nak main dia tanya cikgunya a.k.a Ayah dia. Eleh Geli! Anak Bapa konon! Kalau tak tahu main tu jangan nak mengada-ngada nak wakil lah kan. Takkan lah sampai setiap satu bola yang nak dilemparkan awak nak tanya DADDY kesayangan awok tu! Oh Please! -..- Mentang- mentang lah bapa awak tu Jurulatih dekat sini tapi takkan lah bodoh sangat kan sampai asas pun tak tahu. Bla~ Bla~ Bla~

Terlalu panjang nak dibebelkan -..-


     Pasukan lelaki pula berjaya mengalahkan sekolah cina tetapi kalah disekolah .........................? Argggghhhh! Asyik terlupa saja nama sekolah yang lawan dengan pasukan lelaki. Mianhae, Sunbaenim Ya Dong Saeng.

     Tapi okaylah pasukan perempuan dan lelaki berjaya mendapat tempat di kedudukan ke-3. Ni perlawanan peringkat negeri. Kira okaylah ni :) Sekurang-kurangnya pasukan kami bermain dengan permainan cara bersih, tak lah sekotor SMK Perimbun tu. -..- Mata perlawanan kami dengan pasukan lawan ialah 6 - 9. Okaylah tu. Kami kalah dengan penuh bermaruah! Hahaha. Bangga ni! *overdose. Mata bagi pasukan lelaki ialah 3 - 7. Okaylah juga kan. Kuikuikui~


     Sepatutnya kami ke sana hendak berlawan tapi kami asyik makan saja setiap jam. Wakakakaka~ Choopp! Pasukan lelaki sahaja ya yang kuat makan tu. Kami (perempuan) tak. Mana tak gemuk kan. Sekurang-kurangnya kami tak lah seteruk pasukan lelaki. Kyrul sampai boleh PAUSE perlawanan semata-mata hendak ke tandas akibat OVERDOSE makannya. Hahahaha. Yang ni serious lawak. Boleh pula nak pause-pause perlawanan!

     Kami ditanggung perbelanjaan makanan bagai menatang minyak yang penuh. Cikgu takut sangat kalau kami tak makan dengan secukupnya. Haha. Dah lah makanan pagi dan tengah hari koperasi sekolah yang belanja. Dah tu makan malam pun cikgu belanja. Dinner KFC tu! Siap dapat imbuhan RM5 lagi setiap seorang. MASYUKKK!

     Sepanjang perjalanan pulang tu mereka asyik bercerita pasal MAKHLUK HALUS je. Seram Gila tahu! Saya hanya join mereka untuk 15 minit yang pertama dan seterusnya saya hanya mendengar ayat Al-Quran di Ipod kepunyaan Ciah. Sesungguhnya saya cakap saya seorang yang tidak kuat imannya. Hampir trauma saya dibuatnya.

     Makan malam kami ditaja oleh Cikgu Jamaiah. Kami makan di KFC Setia Alam. Time makan dekat KFC tu kan. Cikgu Juhana asyik sakit kepala saja. Risau kami dibuatnya. Cikgu Jamaiah belanja kami makan set Dinner Plate. Yang paling banyak makan sudah tentunya Yusuffi. Dia makan sampai 4 ketul ayam. Sebenarnya setiap seorang dapat 3 ketul. Lagi satu tu Yusuffi ambil Kyrul punya ayam. Memang seronok tengok dia makan. Nampak semangat saja :) + comel :D
     Baru first time kami mewakili pertandingan yang habis pada malam hari. Saya sampai dirumah pada pukul 10:30 malam. Sempat lagi mereka bergurau dengan mak saya semasa sampai dirumah saya. You know what?  Padahal pertandingan mula pada pukul 9:00 pagi. Tapi memang satu hari itu saya rasa sangat gembira except time lawan dengan Perimbun tu.
     
     Hurmmmm. Tahun ni merupakan tahun akhir saya kerana saya sudah berada di Tingkatan 5. I'm gonna miss you guys so much! Saya takkan lupakan pertandingan ni. I'm promise!

     Woahhh! Agak panjang saya update status blog saya kali ni. Haha. Ada bakat nak jadi penulis tak? Haha. Saya tak minat lah bidang ni sebenarnya. Harhar. Okay lah that all for now. Hari pun kian lewat. Esok pula merupakan hari persekolahan.  I'm gonna leave for now and I'll be back later ..................soon. 

Assalammmualaikum :)
     

     
    




     
Monday 28 January 2013

TAHUN BARU AZAM BARU


Assalammualaikum..
   

Dah lama tak update blog. Ni baru first update for this year. Maaf sebab dah lama tak upd sebab hari tu tak boleh nak buka.

Tahun baru azam baru. Hurmm~ Tahun ni saya merupakan Calon SPM for 2013. Buat masa ini saya masih tak target apa-apa lagi. Insyaallah, dalam bulan Julai nanti saya akan mula mensasarkan gred. 

Sukan? Tahun ni agak banyak penglibatan saya. Benda biasa. Saya akan menyertai Olahraga dan Petanque sekolah. Latihan? Argghhhh!!!!! Terlalu banyak. Jadual belajar, jadual kelas tambahan dan kelas tuition lagi. Y.Y

Nak berfangirling pun tak boleh. Uhukk ㅠ ㅅ ㅠ 

Inilah kehidupan seorang calon SPM. Memang tidak dapat dielakkan. Hurmmm.. Terus hilang mood saya nak update blog bila sebut pasal Jadual harian ni. Akan datang saya akan update pasal jadual harian saya. Okay?