Assalammualaikum :)
Alhamdulillah pada 21 Feb yang lalu saya dan kawan-kawan telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Petanque Peringkat Negeri di Padang Petanque Bridget Tengah PGA di Cheras. Seramai 2 pasukan yang terlibat dan diiringi oleh Pn Juhana dan Pn Jamaiah.
Tiba-tiba terasa formal pula. Ahaks! Saya, Hanis dan Ciah serta Hafiz, Kyrul a.k.a Katak dan Yusuffi a.k.a Beruang dah mengharungi 'hari-hari kanak-kanak riang' kami sepanjang tempoh latihan. Hahaha. Seriously! Banyak gila kenangan yang saya dapat sepanjang sesi latihan diadakan. Walaupun tak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya tapi saya amat gembira dan bersyukur kerana dapat join mereka.
Sememangnya sewaktu dalam perjalanan ke tempat perlawanan tu kami agak tenang tetapi pabila sahaja kami sampai di tempat perlawanan, perasaan gemuruh secara tiba-tiba sahaja menyerang di minda kami.
"Dah sampai ke?"
"Nervousnya!!!!"
"Cikgu, kami nak pergi ke tandas dulu boleh? "
Okay! Yang terakhir tu memang lawak XDDDD
Pasukan perempuan berada di kumpulan 14 manakala lelaki pula berada di kumpulan 9. Bagi pertemuan pertama, pasukan lelaki akan bertemu dengan sekolah cina. Apatah namanya. Terlupalah. Haha. Perempuan pula akan bertemu dengan SMK Gombak Setia.
SKIP!
SKIP!
SKIP!
Kenapa saya skip? Cer teka! Cer teka! Sebab kalau saya cerita, nanti dah boleh buat novel. Haha XD
Terlalu panjang nak dibebelkan -..-
Tapi okaylah pasukan perempuan dan lelaki berjaya mendapat tempat di kedudukan ke-3. Ni perlawanan peringkat negeri. Kira okaylah ni :) Sekurang-kurangnya pasukan kami bermain dengan permainan cara bersih, tak lah sekotor SMK Perimbun tu. -..- Mata perlawanan kami dengan pasukan lawan ialah 6 - 9. Okaylah tu. Kami kalah dengan penuh bermaruah! Hahaha. Bangga ni! *overdose. Mata bagi pasukan lelaki ialah 3 - 7. Okaylah juga kan. Kuikuikui~
Kami ditanggung perbelanjaan makanan bagai menatang minyak yang penuh. Cikgu takut sangat kalau kami tak makan dengan secukupnya. Haha. Dah lah makanan pagi dan tengah hari koperasi sekolah yang belanja. Dah tu makan malam pun cikgu belanja. Dinner KFC tu! Siap dapat imbuhan RM5 lagi setiap seorang. MASYUKKK!
Sepanjang perjalanan pulang tu mereka asyik bercerita pasal MAKHLUK HALUS je. Seram Gila tahu! Saya hanya join mereka untuk 15 minit yang pertama dan seterusnya saya hanya mendengar ayat Al-Quran di Ipod kepunyaan Ciah. Sesungguhnya saya cakap saya seorang yang tidak kuat imannya. Hampir trauma saya dibuatnya.
Makan malam kami ditaja oleh Cikgu Jamaiah. Kami makan di KFC Setia Alam. Time makan dekat KFC tu kan. Cikgu Juhana asyik sakit kepala saja. Risau kami dibuatnya. Cikgu Jamaiah belanja kami makan set Dinner Plate. Yang paling banyak makan sudah tentunya Yusuffi. Dia makan sampai 4 ketul ayam. Sebenarnya setiap seorang dapat 3 ketul. Lagi satu tu Yusuffi ambil Kyrul punya ayam. Memang seronok tengok dia makan. Nampak semangat saja :) + comel :D
Baru first time kami mewakili pertandingan yang habis pada malam hari. Saya sampai dirumah pada pukul 10:30 malam. Sempat lagi mereka bergurau dengan mak saya semasa sampai dirumah saya. You know what? Padahal pertandingan mula pada pukul 9:00 pagi. Tapi memang satu hari itu saya rasa sangat gembira except time lawan dengan Perimbun tu.
Hurmmmm. Tahun ni merupakan tahun akhir saya kerana saya sudah berada di Tingkatan 5. I'm gonna miss you guys so much! Saya takkan lupakan pertandingan ni. I'm promise!
Woahhh! Agak panjang saya update status blog saya kali ni. Haha. Ada bakat nak jadi penulis tak? Haha. Saya tak minat lah bidang ni sebenarnya. Harhar. Okay lah that all for now. Hari pun kian lewat. Esok pula merupakan hari persekolahan. I'm gonna leave for now and I'll be back later ..................soon.
Assalammmualaikum :)