Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail
Monday 3 December 2012

Bunkface VS K-pop !

Assalammualaikum :)

Sejak akhir-akhir ni, ramai sangat haters yang bash K-POP. Ni semua gara-gara BUNKFACE lah ni. Menyampah betul aku. Tapi kalau diikutkan apa yang dikatakan oleh SAM tu ada juga betul nya. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menyokong hasil industri seni muzik Malaysia sendiri tetapi kalau dah tiada lagu yang dapat menarik minat kita nak buat macam mana kan. Betul tak ? Wahai Bunkface, kau cakap orang tapi kau tak ingat diri tu sendiri. K-POP ni sefamous-famous dia pun, dia masih mengekalkan bahasa ibunda dia sendiri. Tidak seperti Bunkface yang konon nya hendak menarik minat para remaja zaman sekarang dengan cara menggunakan bahasa asing di dalam lagunya. Haters selalu cakap, "Kau dengar lagu K-POP tu, kau faham ke apa yang dia cakap ?". Eh, macam mana korang boleh faham Bahasa Arab? Bahasa Inggeris? Korang tengok kamus kan? Kalau tak faham lagi, korang rujuk internet right? Macam tu juga lah kitorang belajar K-pop ni. Ada faham? Markah BM korang pun bukannya 100% pun. So, jangan lah nak berlagak faham sangat BM ni. Lols!

Kalau nak menyahut rakyat Malaysia supaya menyokong hasil seni di tanah air sendiri ada caranya. Bukannya dengan mengutuk artis luar negara. Kononnya artis K-POP ni gay boy lah apa lah. Kau kenal ke mereka tu siapa? Setiap orang ada harga maruahnya. Janganlah kau dok menghina mengata orang. Bak kata orang putih "Dont' judge a book by its cover". Setiap orang ada rezekinya sendiri. Ramai haters yang cakap buat apa nak backup K-POP ni, backup Bunkface lagi bagus. Jawapan cik ringkas sahaja, "Kalau dah berkebolehan sekalipun tapi kalau tiada adab buat apa?" So, tak payah lah nak over sangat. Grrr~

Artis-artis K-POP ni sebenarnya bukan senang diorang ni nak jadi artis. Diorang kena jadi trainee dulu selama beberapa tahun di syarikatnya untuk belajar menari. Mereka juga perlu bersenam selama beberapa jam sehari untuk menjaga stamina dan perlu menghadiri ke kelas-kelas seni muzik sebelum bergelar artis.
Ada diantara mereka yang sanggup menjadi trainee selama 2 tahun dan ada juga yang mengambil masa agak lama kira-kira 5 tahun.

By the way, saya tak rasa pun yang industri Malaysia ni jatuh merundum. Kalau industri Malaysia ni jatuh merundum seperti yang dikatakan oleh Sam, macam mana Shila Amzah dan Yuna dapat melebarkan sayapnya ke Eropah? Aku rasa ni lah zaman kegemilangan nya. Am I right? Yuna sendiri pun artis Indie. Macam yang selalu orang katakan, genre Indie ni bukannya boleh dibawa ke mana pun. Setakat underground je boleh lah. But see! Yuna sendiri telah berjaya membuktikan bahawa Indie pun boleh berjaya seperti genre-genre yang lain. Everybody has their own interest. Setiap orang ada cabang minatnya sendiri. Tak semestinya minat itu perlu tertumpu pada satu pihak sahaja. Mestilah ada yang minat Indie, ada yang agak-agak country sikit dan sebagainya.

Antara soalan-soalan yang ditanya di Ask.fm saya ( http://ask.fm/IykaAtiqah )

1. Apa yang best sangat tentang KPOP?
Kpop ni dari segi lagunya memang sangat rancak. Kebanyakkannya membawakan lagu berentakkan Elekronik pop. Dari segi tarian nya pula jagan dikatalah kerana Prepix Haw yang mengajarnya. Prepix Haw ni merupakan Top 3 pengajar choreographer di korea dan merupakan top 3 di Asian juga. Antara yang dilatihnya ialah kumpulan B2ST, G.Na, dan beberapa lagi kumpulan dibawah syarikat CUBE Ent. Dari segi stail dan fashion memang sangat segar dibidang fashionista dan sangat mementingkan imej Fun and Hippie yang merupakan stail yang sangat diminati oleh remaja pada zaman kini. Itu dari segi pandangan sayalah. Tetapi setiap orang mempunyai minatnya yang tersendiri. :)

2. Kenapa lebih sukakan KPOP bebanding lagu melayu?
Lagu Melayu kini agak kurang sedap didengari dari segi bahasanya kerana banyak lagunya menggunakan bahasa Indon seperti boleh -> bisa dan banyak lagi lah. Dari segi stail dan gaya nya agak ketinggalan dari dunia fashionista. Bukan sahaja liriknya yang menggunakan bahasa indon malah rentak lagu dan gaya jiwa lagu itu sendiri lebih banyak kepada rentak lagu dari indon. Mereka juga tidak mementingkan penampilan diri seperti Faizal Tahir yang apabila konsert nya dia tidak mengikat rambut panjangnya itu dan nampak seolah-olah seorang yang selekeh.

3. Pada pandangan anda muzik melayu berpontensi menarik minat golongan muda pada zaman ini ?
Muzik melayu ni sebenarnya berpontensi tapi mereka sendiri perlulah sedar bahawa bukan hanya nyanyian dan suara mereka saja yang dapat menarik minat malahan penampilan juga amat penting sebenarnya. Dan yang paling utama sekali mereka perlulah menggunakan bahasa melayu di dalam senikatanya.

Itu saja sedikit dua kata dari saya. Peace!