Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail
Tuesday 20 November 2012

CUTI SEKOLAH

Assalammualaikum Warrahmatullah Wabarakatuh.


      Pabila musim cuti persekolahan tiba, pasti ramai yang tidak akan ketinggalan mengambil kesempatan yang sangat berharga  ini untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Ada yang pergi beriadah, ada yang pulang ke kampung halaman dan kebanyakan daripada mereka akan pergi  melawat ke tempat-tempat perlancongan. Ada yang merancang untuk melancong ke luar Negara dan ada juga yang merancang untuk melancong di pusat-pusat pelancongan tempatan. Tidak terkecuali, keluarga saya turut mengambil kesempatan ini untuk pergi melancong bagi merapatkan jurang hubungan  kekeluargaan diantara kami. Tetapi, masa kami pergi ke Sabah pada waktu itu bukanlah pada musim cuti persekolahan. Kami pergi bercuti sewaktu awal persekolahan.

       Pada tahun lepas, Negeri Sabah menjadi pilihan destinasi kami. Negeri ini amat terkenal dengan gelarannya iaitu“Negeri Dibawah Bayu”.  Negeri Sabah mempunyai banyak daya tarikannya yang tersendiri dari segi sejarah, pelancongan, penempatan dan perlombongannya. Pusat pelancongan disini juga tersenarai di antara tempat-tempat yang diiktiraf oleh UNICEF. 

       Ini bukanlah kali pertama kami mengunjungi ke negeri ini.  Ini sebenarnya merupakan kali yang ke-3 kami mengunjungi Negeri Dibawah Bayu ini.  Ehh! Baru saya perasan. Cara saya menceritakan kisah pengalaman saya ini seolah-olah diri saya ini Cik Nurul Ain binti …… , saya tidak ingat lah pula nama penuh dia. Dia ni merupakan pengacara stesen televisyen terkenal yang sering mengacarakan program “Majalah 3”. Ok. 


        Kami bertolak ke sana dengan menaiki kapal terbang Air Asia selama tidak lebih daripada 1 jam. Saya pun tidak berapa ingat kerana sudah agak lama. 


  

   Pernahkah anda mendengar perkataan “Tamparuli” ? Saya pun tidak berapa pasti tentang maksud perkataan itu tetapi Tamparuli ini amat terkenal dengan lagunya “Jung Jung Inai”. Antara lirik lagu ini ialah 

 JUNG JUNG INAI MAK IPUNG RAJA WALI
SEPAK TUNGGUL INAI BERDARAH IBU KAKI


Pasti anda pernah mendengar lagu ini kan? 

       Tempat yang saya maksudkan ialah JAMBATAN TAMPARULI. Apa yang saya dapat lihat, jambatan ini sama seperti jambatan-jambatan lain yang ada di Malaysia tetapi tidak dapat saya pastikan kenapa ianya amat terkenal.

       Seterusnya, saya turut mengunjungi ke pasar-pasar yang terdapat di sini. 


   
    Terdapat pelbagai jenis barang yang dijual antara nya ialah barangan basah seperti ikan, sotong, sayur dan udang galah. Uniknya pasar disini, dia lebih banyak kepada penjualan barang-barang kraftangan seperti gelang manik dan suwase, rantai mutiara, baju-baju t-shirt bercetakkan Sabah dan hasil-hasil ukiran kayu. Antara pasar yang terkenal ialah Philipine Market.


          Jika anda mengunjungi Sabah, tidak lengkaplah percutian anda jika anda tidak menghayati pemandangan indah Gunung Kinabalu yang merupakan gunung TERtinggi di Asia Tenggara. Gunung ini terletak di Kota Kinabalu. Puncak terendah bagi gunung ini adalah 4095 m dari aras laut. Setiap kenaikan 165 m dari aras laut dapat mengurangkan suhu sebanyak 1 darjah Celsius (°c). Ayah saya pernah menyertai ekspedisi mendaki gunung kinabalu sekitar dua tahun yang lalu. Menurut ayah saya, bagi sesiapa yang ingin menyertai ekspedisi sebegini perlulah mempunyai daya ketahanan otot  yang tinggi dan keazaman yang kuat. Sesiapa yang mempunyai masalah pernafasan seperti sesak nafas dan astma tidak boleh sama sekali melakukan aktiviti ini. Selepas saja ayah saya habis menyertai ekspedisi ini, ayah saya telah demam seminggu. Nampaknya, bukan mudah untuk kita menyertai aktiviti sebegini.

    
      Sewaktu disana, saya berkesempatan melihat bunga yang PALING besar di dunia iaitu Bunga RAFFLESIA dengan mata saya sendiri. Bunga ini sangat busuk dan tidak menyenangkan baunya.  Bunga ini mempunyai lima kelopak dan makan makanan seperti serangga.
      
         
   Makanan di sini juga amat menarik dan unik kerana makanan disini kebanyakkan nya lebih kepada hasil lautan seperti udang galah, rumpai laut seperti alga dan hydra. Menurut orang-orang disini, hydra dapat mengembalikan awet muda dan kejelitaan wajah. Rumpai laut yang disediakan disini amat segar dan rangup. Kebanyakkan makanan laut yang disediakan disini adalah lebih besar saiznya dan segar-segar belaka. Rasa kemanisan ikan masih segar terasa walaupun dimasak lama kerana hasil yang ditangkap akan terus dimasak.

         Nampak sungguh menyelerakan bukan? Hahaha. Sengaja saya masukkan gambar udang galah itu kerana saya sendiri pun akan terliur setiap kali melihatnya. Hehe. Terasa lapar lah pula. 
          Disini juga terdapat banyak lagi tempat untuk dilawati seperti Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok dan Hot Spring. Hot Spring ialah tempat kolam mandi air panas yang amat terkenal disini.
         Bagaimana pula dengan percutian anda? Saya berharap anda gembira dengan percutian anda disamping keluarga tercinta. Ingin menceritakan kisah percutian anda? Boleh lah tinggalkan komen di bawah. Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya kali ini yang agak panjannnngggggg ini. 

Assalammualaikum Warrahmatullah Wabarakatuh.
Monday 19 November 2012

Coklat atau Ais Krim?


Coklat atau Ais krim? Eh? Yang mana satu ek? Haaa~ Dua-dua kegemaran saya. Mana boleh nak pilih-pilih! Nak dua-dua, Please~ 

  Itu lah yg selalu membuat saya keliru dalam membuat pilihan. Kalau dalam sehari tu tak makan ais krim memang tak sah. Kalau coklat tu, masih boleh dikawal lagi. Lagipun, Coklat ni tak elok kalau kita makan selalu sebab boleh menyebabkan kegemukan kerana coklat ni mengandungi kandungan gula dan lemak yang sangat tinngi. 

Kalau balik sekolah je, saya mesti tak kan terlepas membeli ais krim. Saya seorang yang gilakan ais krim tau. Saya suka perisa coklat almond dan buah-buahan. Saya tak suka kalau ais krim tu perisa kiwi, vanilla dan strawberi. Tak sedap langsung! (◐﹏◐) Tak suka lah.
Tapi kan, saya sebenarnya tak boleh makan makanan yang sejuk-sejuk ni. Nanti saya selsema. Sejuk tau. Tapi tu lah yang saya suka. Hehe

Fairytale ruined

 

Smiling, happy
running, jumping
kissing, hugging
no more

Dancing in the middle of the parking lot
Kissing in the rain
Shut me out
push me away

Love me
Want me
Hate me
Never need me

I thought you were my fairytale
but you are more like a nightmare
but one i never want to wake up from
fairlytale, ruined

Takzim Haiwan Kepada Junjungan Baginda Nabi SAW

 

Takzim umumnya terbit dari perasaan kerendahan dan kelemahan dalam diri.Takzim kepada Allah s.w.t. terbit dari rasa kehambaan dan kehinaan kepada-Nya. Manakala takzim kepada makhluk terbit kerana rasa kekurangan dan kerendahan diri disebabkan kelebihan dan keistimewaan yang diberikan kepadanya. Namun, takzim begini mempunyai dua maksud. Pertama, takzim yang syirik, iaitu takzim yang dilarang. Manakala kedua, takzim yang syar’i, iaitu takzim yang dituntut, apatah lagi dalam mentakzim apa yang ditakzimkan oleh Allah s.w.t. Ini yang menerbitkan sifat tawaduk dan lembut hati dalam jiwa, serta sentiasa melihat kekurangan dan keaiban diri berbanding melihat kekurangan dan keaiban orang lain. Orang yang bertawaduk kerana Allah akan diangkatkan darjatnya oleh Allah s.w.t.

Orang yang tidak mahu mentakzim apa yang ditakzimkan oleh Allah Taala adalah orang yang keras hatinya dan kasar jiwanya. Dia tidak melihat melainkan kemuliaan dirinya semata-mata hingga menerbitkan sifat keakuan dan keegoan. Dia merasakan tidak perlu bersifat tawaduk dan rendah diri kepada orang lain, padahal ia diam-diam akan mengheretnya kepada sifat sombong dan takbur tanpa disedari. Orang yang tidak mahu mengenal kedudukan tinggi para Nabi, para ulama, para solihin dan wali Allah yang istimewa di sisi Allah Taala adalah orang yang malang dan rugi. Sedangkan tuntutan memuliakan mereka ini sabit di dalam banyak nas.

Oleh kerana enggan melihat ketinggian makam dan keagungan sahsiah Nabi s.a.w. maka ada yang ‘sombong’ untuk mentakzim baginda. Malah ada yang melontar ke atas sesiapa yang mentakzim baginda dengan gubahan mawlid, syair atau selawat sebagai telah melakukan syirik. Sedangkan haiwan, pepohon, batu-batu dan sebagainya lebih tahu tentang keagungan dan kemuliaan baginda berbanding manusia yang sedemikian. Kisah-kisah dalam hadis-hadis berikut bolehjadi dapat menjadi iktibar baginya.

Dari ‘A’isyah r.a. katanya: Pernah keluarga Rasulullah s.a.w. mempunyai seekor haiwan peliharaan. Apabila Rasulullah s.a.w. keluar, ia akan bermain-main dan bergerak bebas, serta pergi ke sana dan ke mari. Apabila ia menyedari Rasulullah s.a.w. telah masuk, ia akan diam dan tidak bergerak sesuka hati selamamana Rasulullah s.a.w. berada di dalam rumah kerana ia tidak mahu mengganggu/menyakiti baginda. (HR Ahmad no. 24862, Abu Ya’la no. 4441, al-Bazzar dan al-Tabarani dalam al-Awsat. Kata al-Haythami no. 14,152: Para perawi Ahmad adalah para perawi al-Sahih)

Dari ‘A’isyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersama sekumpulan sahabat dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Lalu datang seekor unta, lalu bersujud kepada Nabi s.a.w. maka para sahabat berkata: Ya Rasulullah, haiwan-haiwan dan pokok-pokok bersujud kepadamu, maka kami lebih berhak untuk bersujud kepadamu. Lalu jawab baginda: “Sembahlah Tuhan kamu, dan muliakanlah saudara kamu (yakni diri baginda). Kalau aku boleh menyuruh seseorang untuk bersujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku akan menyuruh wanita untuk bersujud kepada suaminya. Kalaulah dia menyuruh isterinya untuk memindahkan sesuatu daripada bukit kuning ke bukit hitam dan daripada bukit hitam ke bukit putih, nescaya menjadi kewajipannya untuk melaksanakannya”.

Kata al-Mulla ‘Ali al-Qari dalam Mirqat al-Mafatih dalam menghurai hadis ini: Ayat: “Lalu jawab baginda: “Sembahlah Tuhan kamu,..” yakni mengkhususkan sujud hanya kepada-Nya kerana ia adalah sejauh-jauh bentuk pengabdian dan sehabis-habis bentuk penyembahan. Dan ayat: “…dan muliakanlah saudara kamu”, yakni besarkanlah dia (yakni diri baginda) dengan bentuk takzim yang layak baginya dengan rasa kecintaan hati dan kemuliaan yang merangkumi ketaatan secara zahir dan batin. Padanya terdapat isyarat kepada firman Allah Taala: “Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya al-Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: “Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah.” Akan tetapi (dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani (yang sempurna ilmu, amal dan takwanya)” (Al ‘Imran: 79), dan juga isyarat kepada firman-Nya: “Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan) dengannya iaitu: “Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu” (al-Ma’idah: 117).

Lihatlah bagaimana jawapan baginda s.a.w. yang lembut dalam membimbing para sahabatnya. Tidak membentak keras dan terus melarang. Nabi s.a.w. telah menggariskan padanya satu bentuk takzim yang tidak melampau dan tidak pula terkurang. Imam al-Busiri menyebut;

( دَعْ ما ادَّعَتْهُ النَّصارَى في نَبيِّهِمِ ** وَاحكُمْ بما شِئْتَ مَدْحاً فيهِ واحْتَكِمِ )
( وانْسُبْ إلى ذاتِهِ ما شِئْتَ مِنْ شَرَفٍ ** وَانْسُبْ إلى قَدْرِهِ ما شِئْتَ منْ عِظَمِ )
( فإن فضلَ رسولِ اللهِ ليسَ لهُ ** حَدٌّ فيُعْرِبَ عنه ناطِقٌ بفَمِ )
“Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa AS). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda SAW sebagaimana yang kamu mahu.

Sandarkanlah kemuliaan kepada zat baginda sebagaimana yang kamu mahu, dan sandarkanlah juga keagungan kepada kedudukan baginda sebagaimana yang kamu mahu.

Sesungguhnya keistimewaan Rasulullah SAW itu tiada had baginya, yang mampu diungkapkan tentangnya oleh seseorang pembicara dengan mulutnya”.

Kata beliau lagi:
( فمبلغُ العلمِ فيهِ أنهُ بشرٌ ** وأنهُ خيرُ خلقِ اللهِ كلهمِ )
“Kemuncak ilmu pengetahuan tentang dirinya bahawa baginda itu hanya seorang manusia, sedangkan baginda itu merupakan sebaik-baik makhluk Allah keseluruhannya.”

Kata al-Qadhi ‘Iyadh (m. 544H) dalam kitabnya al-Syifa bi Ta‘rif Huquq al-Mustafa (j. 2, h. 35-36): Ketahuilah bahawa kehormatan Nabi SAW sesudah wafatnya serta memulia dan mengagungkannya adalah lazim (wajib), sebagaimana hal keadaannya pada masa hidup baginda. Dan yang demikian itu adalah ketika mengingati baginda SAW, menyebut hadith dan sunnahnya, mendengar nama dan sirahnya, bermuamalah dengan ahli dan kaum keluarganya, serta mentakzim Ahlul Baitnya dan para sahabatnya. Kata Abu Ibrahim al-Tujibi: Wajib ke atas setiap mukmin apabila menyebut baginda SAW atau disebut nama baginda SAW di sisinya hendaklah ia merendah diri, khusyuk, hormat dan diam dari bergerak serta merasakan kehebatan dan kemuliaan baginda SAW, sebagaimana dirinya akan berasa begitu sekiranya dia sendiri betul-betul berada di hadapan baginda SAW, serta beradab sebagaimana adab yang telah diajarkan oleh Allah Taala kepada kita. Kata al-Qadhi ‘Iyadh lagi: Beginilah sirah/akhlak para salafussoleh dan imam-imam kita yang terdahulu (رضي الله عنهم).

Kata Imam al-Husain bin al-Hasan al-Halimi (w. 403H) dalam (المنهاج في شعب الإيمان) (124- 125): “Telah dimaklumi bahawa hak-hak Rasulullah s.a.w. itu amat besar, amat agung, amat mulia, amat lazim bagi kita dan amat wajib ke atas kita berbanding hak-hak para tuan ke atas hamba-hamba mereka, dan para bapa ke atas anak-anak mereka. Kerana Allah Taala telah menyelamatkan kita dengan sebab baginda dari api neraka di akhirat kelak, Dia memelihara dengan sebab baginda akan roh, jasad, maruah, harta, ahli keluarga dan anak-anak kita di dunia ini, lalu Dia menunjukkan kita dengan sebab baginda terhadap perkara yang jika kita taatinya, Dia akan memasukkan kita ke syurga yang penuh nikmat. Justeru, nikmat manakah yang dapat menyamai kenikmatan-kenikmatan ini? Dan kurnia manakah yang dapat menandingi kurniaan-kurniaan ini? Kemudian, Dia (جل ثناؤه) melazimkan kita mentaatinya dan mengancam kita atas menderhakainya dengan api neraka. Dia menjanjikan kita syurga dengan mengikutinya. Justeru, martabat manakah yang dapat menyamai martabat ini? Dan darjat manakah yang dapat menyerupai di akhirat darjat ini? Maka, menjadi hak atas kita untuk mencintai, memulia, mentakzim dan menghormati baginda lebih dari penghormatan semua hamba kepada tuannya dan juga semua anak kepada bapanya. Dengan makna seumpama inilah al-Quran berbicaradan datangnya perintah-perintah Allah (جل ثناؤه)”

Pengaruh selebriti beri kesan buruk kanak-kanak

LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa budaya yang terlalu mengagungkan selebriti meninggalkan kesan bahaya termasuk menghasilkan generasi muda yang percaya pendidikan dan kerja keras bukan lagi penentu kejayaan dalam hidup.
Tinjauan Persatuan Guru dan Pensyarah Britain mendapati lebih 70 peratus guru sekolah rendah dan menengah juga mendakwa budaya memuja selebriti khususnya kalangan artis dan ahli sukan sebagai idola sebaliknya menjadi halangan utama bagi kanak-kanak menyemai cita-cita murni dan mencapai kejayaan dengan cara yang betul.
Elizabeth Farrar, guru sekolah rendah di Scunthorpe, berkata terlalu ramai pelajar yang beranggapan kejayaan akademik bukan lagi satu keperluan kerana mampu meraih kejayaan dan kekayaan dengan hanya menjadi bintang program realiti televisyen.
Sebanyak 37 peratus guru percaya ramai anak murid mereka mahu menjadi terkenal kerana terpengaruh dengan takrifan salah kejayaan yang dipaparkan selebriti.
“Guru bimbang anak muda ini tidak dapat menyelami erti kejayaan sebenar dan susah payah yang perlu dilalui sebelum idola mereka itu mencapai kedudukan itu. Bagi mereka, kejayaan sebenar adalah dengan menjadi popular.
“Berikutan itu, apabila mereka dewasa, generasi itu akan mengasingkan diri, tersisih dan memiliki daya keyakinan diri yang amat rendah hanya kerana tidak popular atau gagal mencapai status selebriti seperti idola mereka,” kata Dr Mary Bousted, Setiausaha Agung persatuan.
“Tidak dinafikan ada selebriti yang mampu memberi inspirasi kepada pelajar. Tetapi apa yang lebih kita bimbangkan adalah ramai kanak-kanak ini percaya yang status selebriti itu mudah dan boleh dicapai sesiapa pun. “Mereka tidak lagi memikirkan kepentingan untuk belajar atau kerja keras yang menjadi asas kejayaan.”
Tinjauan itu juga mendapati bintang bola sepak, David Beckham dan isterinya, Victoria atau ‘Posh’ Spice, adalah selebriti yang paling berpengaruh kepada golongan muda.
Beckham yang kini bermain untuk sebuah kelab bola sepak Amerika Syarikat, berada di kedudukan teratas dengan purata 53 peratus sokongan oleh pelajar, manakala isterinya, di tempat kedua.
Secara keseluruhan, bintang sukan menjadi kelompok selebriti paling diminati, manakala penyanyi pop seperti Sugababes dan Leona Lewis, di tempat kedua.
Kegilaan pelajar terhadap idola mereka itu menimbulkan kebimbangan kepada guru yang khuatir kesan pengaruh selebriti itu kepada bentuk aspirasi kejayaan yang mahu diraih pelajar. – Agensi


CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL

pemalas.jpg 1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.

2. Tidak bermotivasi.
 
3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
 
4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
 
5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
 
6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
 
7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik. :-( 
 
8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
 
9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
 
10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
 
11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
 
12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
 
13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
 
14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral
 
15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
 
16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
 
17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
 
18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
 
19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
 
20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
 
21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.
 
22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
 
23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
 
24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
 
25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
 
26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

33 Ciri Pelajar Cemerlang

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
 
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
 
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
 
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. 
 
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
 
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
 
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
 
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
 
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
 
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.
 
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
 
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
 
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
 
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
 
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
 
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
 
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
 
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
 
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
 
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
 
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
 
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
 
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
 
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
 
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.
 
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
 
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
 
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
 
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
 
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
 
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
 
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
 
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

CIRI-CIRI ORANG YANG PANAS BARAN DAN CARA MENGATASI

Ketika emosi dan amarah memuncak maka segala sifat buruk yang ada dalam diri kita akan sulit dikendalikan dan rasa malu pun kadang akan hilang berganti dengan segala sifat buruk demi melepaskan kemarahannya pada sekitarnya.

Emm.. antara ciri-ciri orang yang x mampu menahan marahnya (panas baran)
1. Berkata keras dan kasar pada orang lain.
2. Marah dengan melempar barang-barang di sekitarnya.
3. Ringan tangan pada orang lain di sekitarnya.
4. Melakukan jenayah  / tindak kejahatan.
5. Melarikan diri,minum minuman keras, pergaulan bebas, dsb.
6. Menangis  dalam kekesalan yang mendalam.
7. Dendam dan merencanakan rencana jahat pada orang lain. dsb...




Oleh itu, di sini terdapat langkah-langkah bagaimana kita nk menahan perasaan marah ini dari menguasai diri kite…
1. Rasakan Yang Orang Lain Rasakan
Cubalah bayangkan bila kita marah orang lain. Ok , sekarang tukar posisi di mana anda menjadi korban yang dimarahi. Bagaimana rasanya dimarahi. Kalau kemarahan sifatnya mendidik dan membangun mungkin ada manfaatnya, namun jika marah membabi buta tentu  jelas anda akan rasa sendiri .

2. Tenangkan Hati Di Tempat Yang  Nyaman
Jika sedang marah alihkan perhatian anda pada sesuatu yang anda sukai dan lupakan segala yang terjadi. Tempat yang sunyi dan nyaman seperti taman, pantai, kebun, ruang santai, dan lain sebagainya mungkin tempat yang sesuai bagi anda. Jika emosi agak memuncak mungkin rekreasi untuk penyegaran diri lebih berkesan




3. Mencari Kesibukan Yang Disukai
Untuk melupakan kejadian atau sesuatu yang membuat emosi kemarahan kita memuncak kita memerlukan sesuatu yang mengalihkan amarah dengan melakukan sesuatu yang menyenangkan dan dapat membuat kita lupa akan masalah yang dihadapi. Contoh seperti mendengar muzik, main game, bermain gitar atau alat muzik lain, membaca buku, chating, menulis artikel,menonton wayang, dan  sebagainya. Hindari perbuatan bodoh seperti merokok dll.

4. Curahan Hati / Luahkan  pada orang yang dipercayai
Menceritakan segala sesuatu yang terjadi pada diri kita mungkin dapat sedikit banyak membantu mengurangi beban yang ada di hati. Jangan luahkan  pada orang yang tidak kita percayai untuk menjaga maruah peribadi kita.  

5. Mencari Penyebab Dan Jalan Penyelesaian
Ketika fikiran andahampir  tenang, cuba untuk mencari sumber permasalahan dan bagaimana untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik. Untuk memudahkan gunakan secarik kertas kosong dan sebatang pen untuk menulis senarai  masalah yang anda hadapi dan  jalan keluar @ solusi masalah tersebut. Pilih jalan keluar terbaik dalam  menyelesaikan setiap masalah yang ada. Mungkin itu semua akan secara signifikan mengurangi beban fikiran anda.

6. Melupakan Masalah Yang Ada
Ketika rasa marah menyelimuti diri dan kita sedar sedang diliputi marah maka bersikaplah bodoh dengan kemarahan anda. Ubah rasa marah menjadi sesuatu yang tidak penting. Misalnya dalam hati berkata : eleh.,.. benda remeh macam nip on nk marah… mcm budak2 laa….

7. Berfikir Rasional Sebelum Bertindak
Sebelum marah kepada orang lain cuba anda fikirkan dulu apakah dengan masalah tersebut anda layak marah pada suatu tingkat kemarahan. Terkadang ada orang yang karena ditengking oleh orang lain jadi marah dan langsung menegur dengan kasar  dan bergaduh. Masalah yang kecil jangan dibesar-besarkan begitu juga sebaliknya.

8. Tentukan Tujuan, Cita-Cita Dan Impian Hidup
Semakin banyak cita-cita dan impian hidup anda maka semakin banyak hal yang perlu anda raih dan kejar mulai saat ini. Tetapkan impian dan angan hidup anda setinggi mungkin namun dapat dicapai apabila dilakukan dengan serius dan kerja keras. Hal tersebut akan membuat hal-hal remeh tidak akan menjadi penting kerana anda terlalu sibuk dengan impian masa depan anda. Bagi andamengikuti nafsu marah bererti membuang  waktu anda yang berharga.

9. Kendalikan Emosi Dan Jangan Terlalu Mengikut Perasaan Marah
Orang yang mudah marah dan cukup membuat orang di sekitarnya tidak nyaman sudah barang tentu sangat tidak baik. Kehidupan sosial orang tersebut akan buruk. Ikrarkan dalam diri untuk tidak mudah marah. Santai saja dan abaikan terhadap sesuatu yang tidak penting. Tujuan hidup anda adalah yang paling penting. Anggap kemarahan yang tidak terkendali adalah musuh besar anda dan jika perlu mintalah bantuan orang lain untuk mengatasinya.

Introduction (◕‿◕✿ )

Assalammualaikum .
This is my second blog I've ever produced. I created this blog because I've delete my first blog because of certain reasons. You can follow me on a number of social accounts at
Or you can email me at te.bellez@yahoo.com